Sunday 21 July 2013

Kueh Raya

Assalamualaikum

Bismillah.

Apa khabar iman hari ini? Macam mana puasa? :)

Hari minggu sebegini, mungkin ada yang dah menyinsing lengan membuat kueh raya. Alhamdulillah tadi saya sempat buat kuih semperit (memandangkan suami suka dan saya pun suka). Rasanya tak tau lagi, bunganya macam kembang mekar sangat pulak. Huhuhu. Tapi kueh raya buatan sendiri, mungkin lebih baik daripada beli kan? Sekurangnya kita tahu 'siapa' yang masak kueh tu...Dapatlah 3 balang kecil dengan choc rice berwarna-warni dan coklat putih.

Seingat saya semasa kecil, saya suka tengok mama buat kueh ni. Saat adunannya ditekan, Allah cantiknya bunga yang terhasil, dan kadang bila dah masak, saya suka korek cebisan buah ceri atas bunga semperit tu..huhuhu...mungkin sebab adunannya yang lembut gebu dan berlemak (sebab ada susu tepung/segar). 

Tak lama lagi hari ulangtahun kami berdua, saya teringin sangat nak buat jamuan makan-makan di rumah kecil kami ini.  Menunya ringkas, tapi mengenyangkan. Insya'allah... Amin.

Selamat berbuka & beribadah! :)

Saturday 20 July 2013

Daging Kering dari Abah

Assalamualaikum

Sempurna sudah puasa hari ke-10. :) 

Semalam berbuka puasa, sahur dan berbuka pada hari ini, saya telah masak Daging Padprik. Daging ni kiriman abah dan mama. Khas dikeringkan abah. Alhamdulillah. Moga-moga pahala berpuasa saya diterima abah dan mama jua. Aminnn.

Daging Padprik

Daging kering 5 potong (direndam seharian untuk kurangkan kemasinan) -potong kecil
Daun limau purut 5 helai
Bawang besar 2 labu
Bawang putih 1 ulas- diketuk
Halia 1 inci- diketuk
Serai sebatang -diketuk
Sayuran dipotong memanjang (lobak merah, kobis) dan tomato
Perahan limau
Garam
Gula
Sos tomato & Cili (2 sudu besar)
Sos tiram (4 sudu besar)
Kicap masin & manis (2 sudu besar)
Sos lada hitam (1 sudu besar)
Sedikit air
Minyak


Cara-cara
1. Panaskan minyak dan goreng daging sebentar, angkat.
2. Dengan minyak yang sama, tumis bawang-bawang, halia dan serai
3. Masukkan semua sos, dan kicap...masukkan daging
4. Masukkan semua bahan lain
5. Perasakan 

Hari ini pula tiba-tiba (sebenarnya dah lama dah) teringin nak makan lontong dan nasi impit macam kat kedai di Kuantan (Kedai Patani). Ya Allahu Rabbi, memang sedap lontong kat kedai tu. Sampaikan saya yang tak berapa nak gemo lontong terus jatuh hati. 

Kuah Lontong

Serai
Lengkuas
*3 sudu besar udang kering
*5 biji cili padi
*bawang merah 2 labu
*bawang putih 2 ulas
*kunyit hidup 1 inci
Udang 5 ekor
Kobis
Terung 3 biji (terung kecil Cameron Highland)
Lobak merah
Sengkuang
Su un dan fucuk
Tomato
Santan kotak kecil
Minyak masak
Garam & gula

Cara-cara
1. Kisar sampai halus yang bertanda *
2. Tumis yang dikisar dan serai serta lengkuas sampai pecah minyak.
3. Masukkan santan kotak (saya guna lebihan yang masak nasi lemak tempoh hari)
4.  Masukkan semua bahan kecuali udang
5. Bila mendidih masukkan udang dan perasakan

Bolehlah dimakan dengan nasi/ nasi impit... :) Saya rebus nasi impit dengan sedikit garam dan daun pandan.

Lebihan sengkuang (saya beli RM 0.14- huhuhu) bolehlah dimakan dengan rojak. Amboi boi boiii.. Selamat berterawih. :)


Thursday 18 July 2013

Nasi Lemak

Assalamualaikum

Hari ini saya nak berkongsi resepi yang selalu dimakan pagi-pagi..cuba teka... 


mestilah Nasi Lemak. ^__^

Dulu-dulu, saya pernah buat nasi lemak tapi in the end, al-hasilnya, nasi minyak! Sebab utama adalah saya tumis bahan-bahan (bawang putih, halia, bawang merah, bunga lawang, kayu manis dan cengkih) dengan minyak dan curah ke dalam nasi yang sedang mendidih.

Sambalnya, rasanya ramai yang expert dah kut...tapi tak apalah saya nak perturunkan resepinya (yang diubah suai dari blog Mat Gebu) :


Nasi Lemak 

1 1/2 pot beras
3 sudu besar (penuh) santan kotak  
sebiji bawang merah
2 ulas bawang putih diketuk
1 batang serai
1 inci halia
1/2 sudu kecil halba
sehelai daun pandan
air secukupnya

Cara-cara:
Masukkan semua bahan selepas beras dibilas
Tanak sehingga masak (kacau sekali sewaktu mendidih)

 
Sambal

Stok sambal (cili kering dikisar dengan bawang)
Garam
2 labu bawang merah
Minyak
Gula
Sedikit belacan
*Cengkih
*Kayu manis
*Bunga lawang          
*1 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih

 Cara-cara

Tumis bahan bertanda * dengan minyak
Masukkan sambal sehingga pecah minyak
Masukkan bawang merah, belacan dan perasakan.


Nasi lemak bolehlah dimakan dengan ikan bilis, telur atau daging goreng. Saya makan nasi lemak tiga kali makan (berbuka semalam, sahur dan berbuka hari ini). Huhuhu. Al-maklum jiran saya tengah berdiet, dia makan sup oat sayur yang amat lazat! Nanti saya akan kongsikan ye...

Akhir kalam, terawih mane arini? Hehehe    

Wednesday 17 July 2013

Bekalan Ramadan


Assalamualaikum

Alhamdulillah sudah masuk hari ke-9 Ramadan...Apa khabar iman dan amal? Terasa begitu cepat waktu berlalu, sedangkan ibadah dan amalan tidak seiring dengan kemuliaan Ramadan. :(

Di sesetengah tempat suasana Ramadan pasti terasa begitu hangat, dek kerana masjidnya diimarahkan dengan sesungguhnya. Waktu paling berharga pastilah semasa berbuka bersama-sama keluarga tersayang dan menjamah hidangan- yang biasa-biasa pun jadi lazat kerana sememangnya Ramadan kan bulan rahmat!

Baru-baru ni, on the way pulang dari rumah mertua di Gombak, saya dan suami singgah di sebuah kedai arab di Ampang sebab suami dikirimi barang-barang untuk dibeli oleh kawannya di Sabah.

Nama kedai tu At-Taisir (ada sebuah lagi yang khabarnya lagi murah: Berkat Madinah). Masuk-masuk je kedai tu terus menyerbu bau kedai Arab! Dan memang banyak sangat barang-barang basah/ kering arab. Alang-alang menyeluk pekasam, dah sampai kan...apo laee...den ambik la beberapa barangan untuk memudahkan memasak. Dan barang-barang yang dijual agak murah. Antaranya:

Karamel

Puding ros perisa strawberi

Falafel

dan ais krim instant...Falafel ni sedap dimakan dengan roti atau dimakan begitu sahaja. :)

Oklah itu je yang dikongsi...terutama yang bekerjaya dan perlukan makanan instant yang berkhasiat dan sedap. 

Dan, rasanya belum terlambat lagi nak selitkan ni...checklist ibadat di bulan Ramadan. ^___^

Bekalan Ramadan ^_^
   

Monday 15 July 2013

Ramadan Kareem

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Akhirnya blog yang ditinggalkan tak bertuan ini kembali terusik. :) 

Macam mana Ramadan pada tahun ni? Ada kelainan atau tidak? Kalau saya alhamdulillah inilah kali pertama saya berpuasa sebagai seorang isteri. Dan keduanya di rumah baharu yakni di Politeknik Nilai.

Ramadan mestilah membawa kegembiraan dan kenikmatan. Selain bertadarus beramai-ramai, berterawih dan bersedekah, waktu berbuka adalah waktu yang ditunggu-tunggu. :) Hari pertama puasa saya dah ke bazaar Ramadan diajak jiran atas. Hari kedua sekadar panaskan lauk lebihan. Hari ketiga pot-luck dengan kawan-kawan (saya buat popia sardin, bengkang dan goreng nuggets saje). Kawan masakkan nasi goreng dan makan dengan sardin dan telur dadar, cucur udang dan tempe sambal. Hari keempat, berbuka puasa di Masjid Wilayah dengan keluarga mertua. Hari kelima, berbuka puasa dengan suami (saya masak sayur goreng ikan masin, bawal goreng rapuh-rapuh,  telur masin, pencuci mulut karamel, falafel dan ditambah dengan gulai sahur mak mentua yang lazat tu, masak lomak jantung pisang bazaar Ramadan Gadong (ni kali ke-2!) dan tak dilupakan cucur udang yang terasa tepung. Huhuhu. Hari ke-6, panaskan lauk semalam sahajaa..plus ada buah melaka dari jiran yang baik hati. Alhamdulillah

 Amboi karangan pasal makanan?!

Bagi sesetengah orang dan sememangnya pun, makan apa-apa pun tak kisahlah, sebab perut tengah lapar, mestilah apa-apa pun rasa sodop jo. Hehe. Paling penting tenaga untuk meneruskan ibadah berpuasa pada hari-hari mendatang. Saya pula, aduhai, memang nak belajar memasak pun untuk suami tersayang (dan jiran a.k.a kawan-kawan yang selalu datang 'request'kan macam-macammmmm).

Saya masak apa adanya sahaja...Walau pun, fridge saya penuh dengan barang! Ish ish ishhh apo nak jadi