Wednesday 13 November 2013

Iced Honey Lemon

Bismillah.

Hari tu, masa on the way balik rumah mak abah Gombak, macam biasa encik suami, secara mendadak, akan tanya, "Wani nak minum tak? Jom singgah Tesco. Kita maiii secawe" (Ayat rekaan). 

Jadinya, Tesco Ampang disinggahi kami. 

Tempat wajib-minum adalah tak lain tak bukan; Kluang Station. 

Disebabkan rasa mual (asyik online guna Samsung SII dia jeee dalam kereta), maka saya memilih minuman yang masam....tiba-tiba ternampak, Lemon Honey (hot/ iced). Encik Suami setia dengan kopinya yang pahit (apa yang sedap tak tau, rasa macam sama je -_-" ).

Apabila teguk je air Iced Lemon Honey tu...nikmat terasa..kacau-kacau sikit madu, aroma yang berbaur dengan lemon, harumm sangat! Sampai ke titisan akhir sedutan terasa sedap. Bawahnya lagilah, madu kan...nikmat. Madu dan lemon, padanan yang menyihatkan. Banyak vitamin C dan madu- makanan sunnah, menguatkan tenaga zahir dan batin.

Tapi mak datuk, harga segelas mahal bebenor sampai tiga hinggit!? 

Hari ni, singgah di Mydin belilah lemon tu....senang je, perah lemon, potong bulat 2 keping. Campak dalam gelas, tuang air sejuk, tuang madu dan letak ais....Masam manis harum berkhasiat!

Sekadar idea yang mudah, tapi menyegarkann! :)

Thursday 7 November 2013

Meringue Cookies

Bismillah

Lama saya tak update blog ni ye...maknanya dapur lama tak berasap la tuu..hehehe...

Tapi, ada 2 resepi yang saya cuba dalam masa blog ni bersawang, 1. Shepherd Pie; 2. Meringue Cookies.

Shepherd Pie tu rupanya senang sangat, ingatkan roti, rupanya kentang yang dilenyek. Intinya daging. Saya guna daging korban. Al-maklum banyak lagi stok daging korban. Ada yang mak saudara bagi dan ada yang mak (mertua) bagi. So, as requested by my lovely husband, saya rasa sebab dia tahu ada bekas aluminum kecil tu (hehe), buatlah dalam 6 biji. Nyome Can rembat satu senyap-senyap. -_-"

Meringue Cookies pula dibuat sebab telah dapat merasa secara percuma yang dibeli. Harganya boleh tahan. RM 25 sebalang padahal ramuan dia telur putih dan gula jeeee...Ada la jugak choc bits etc dalam tu. Saya pun buat sebab rasa lagi berbaloi, padahal susah juga nak buat. At the same time rasa agak membazir sebab guna telur putih, telur kuning tu nak simpan banyak-banyak buat apa, kan?  Oven saya pula kecil je, adunannya boleh dapat banyak walau pun 4 telur (saiz sederhana), jadi bila lambat masuk oven, adunan ni collapse, dah tak jadi dah bentuk dia...sayang sebab bazir...Dan keduanya, benda ni amboi benda, makanan ni tidak menyihatkan kalau makan selalu, sebab manis amat.

Amboi, panjang ulasan, macam ulasan buku pulak...ni diperturunkan resepinya:

MERINGUE COOKIES (telah diubahsuai oleh saya)

Ingredients

4 egg whites, at room temperature, medium size
1/3 teaspoon cream of tartar (digunakan untuk stabilkan adunan)
1/3 cup superfine granulated sugar
1 teaspoon vanilla extract
1/2 cup chocolate chips 
 1/2 cup finely chopped walnuts


Directions
  1. Place an oven rack in the center of the oven. Preheat the oven to150 degrees C. Line a baking sheet with parchment paper. Set aside.
  2. In a stand mixer fitted with the whisk attachment, beat the egg whites and salt until frothy, about 1 minute. 
  3. With the machine on medium-high speed, gradually add the sugar, about 3 tablespoon at a time. 
  4. Add the cream of tartar and vanilla extract.
  5.  Increase the speed to high and beat until the mixture is thick and holds stiff peaks, about 3 to 5 minutes. 
  6. Using a spatula, fold in the chocolate chips and walnuts. 
  7. Drop 1/4 to 1/2 cup of the mixture onto the prepared baking sheet about 1 inch apart. 
  8. Bake for 15 minutes (resepi asal lama; 60 minit, tapi oven saya ni cepat panas, hangit la batch pertama tu, so saya reduce kan masa jadi 15 minit)


Saturday 5 October 2013

Nyome Can

Bismillah

Hari minggu ni, alhamdullilah, tak ada kerja/ outstation/ program. Encik Suami tak balik, sebab next week Raya Aidiladha, insya'Allah akan balik...Jadi apa yang saya buat this weekends? :)

Haa...walau pun cuti, banyak kerja a.k.a banyak paper yang nak kena tanda dan key-in, al-maklum tak sampai 2 weeks lagi akan final exam...

Pagi, tengah hari dan petang/ malam, saya plan nak masak...:)

Tadi saya masak simple je - sotong celup tepung. Hehehe~ Encik Suami terbeli sampai tiga bungkus tepung segera ayam. Tapi macam-macam perasalah, ada mamak, cili dan original...Kisah terbeli tiga tu sebab saya lupa nak pesan tepung gandum...  -_-"

Saya plan nak buat beberapa projek masakan hari ini dan esok...roti ada...jadi nak buat puding roti. Dah habis roti, nak cuba pulak buat roti. Saya ada beli mesin roti dari Group On...tapi tak buat-buat. Daripada termasuk golongan mubazirin, kenalah buattt jugak... :P Dan oven,pun lama tak berbau hangit...haha.

Esok, akan ke Pesta Buku di Somban. Insya'Allahhh....

Dan nak memperkenalkan ahli baru famili kecik kami ni, Nyome Can...

Nyome Can

Nyome Can ni  sebenarnya anak kucing jalanan yang kawan satu ofis bagi. Kecil lagi, kaki dia tergeliat sikit...tapi sangat bijak...rasanya ni lari dari rumah ni. Terpaksa diselamatkan sebab suka duduk di tengah-tengah jalan besar dan longkang... -_-"

Semoga Allah bantu saya beri kebaikan pada Nyome Can. Amin~



Tuesday 24 September 2013

Sunquick Soda dan Udang Masam Manis

Bismillah

Lama tak kemaskini blog ni. Jadi hari ni nak kongsi masakan yang saya buat masa kawan-kawan dari politeknik lain datang sempena Majlis Sukan Politeknik (MSP) Bola Jaring di Politeknik Nilai.

Al-kisahnya, ingat nak jamu je nasi kukus di depan Mydin tu, tapi nak jemput ramai (6 orang), maka saya pun decide untuk masak. Tanya Tuan Suami, katanya masakkan Tofu Telur Bersos Tiram Lada Hitam dengan ikan goreng. Saya decide nak tambah satu lagi menu berasaskan udang dan lobak merah sebab ada bahan ni dalam fridge. :)

Petang Sabtu, saya bergegaslah ke Zeemart untuk  beli semua bahan-bahan ; buah-buahan (pisang dan oren), ikan, daun bawang dan air ice cream soda. Kelam-kabut punya pasal, sampai terambil ikan orang lain haha. Jadi daripada 9 ekor ikan, terbayar untuk 4 ekor ikan. Nasib baik ada 3 ekor lagi dalam fridge -_-"

Kak Azreen belikan buah langsat, Yana dengan Tikah bagi air jus oren. Terima kasih sangat-sangat. Memang baik depa semua ni.  Kak Tim, Ina dan Fizah datang meriahkan lagi, terima kasih sudi hadir bila Wani jemput.. ^__^
Tikah dan Yana dari Politeknik Ungku Omar

Oklah, nak kongsi resepi berikut:

1) Air Sunquick Soda (1 jug besar)

Setengah botol air sunquick mempelam + oren
Satu botol air ice cream soda
Ais secukupnya

*Air ice cream soda boleh dicampur juga dengan ribena untuk variasi minuman yang unik :)

2) Udang Masam Manis
6 ekor udang
lobak merah dipotong dadu (sebatang)
Sos cili 5 sudu besar
Sos tomato 5 sudu besar
Air asam jawa
Belacan 1 inci
Bawang putih ditumbuk lumat
Minyak
Cili padi 3 biji -potong dua memanjang 
Sebiji tomato dipotong dadu

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, masukkan udang. Goreng sebentar dan ketepikan.
2. Masukkan bawang putih dan goreng hingga naik bau.
3. Masukkan lobak merah dan cili. 
4. Masukkan semua bahan lain.
5. Tambahkan air secukupnya. Biar medidih.
6. Masukkan udang, tomato dan tutup api. Siap.

*Lebihan kuah resepi ni, boleh dibuat rencah nasi goreng atau tambah je dengan pes tomyam, jadilah nasi goreng tomyam yang lazat! 





***
Selamat mencuba!

Wednesday 28 August 2013

Tofu Telur Bersos Tiram Lada Hitam

Bismillah.

Assalamualaikum...

Dah hampir penghujung Syawal, baru berkesempatan mengemaskini Blog Rencah Rasa. 

Macam mana sambutan Hari Lahir suami? Alhamdulilah, saya telah menjemput beberapa orang pelajar kelas (sebetulnya yang mendapat markah tertinggi di dalam kuiz, tapi akibat 'terbanyak' masak, jadi satu kelas pula! ). Menu saya simple saja, carbonara, kek pandan dan makaroni bakar. Resepi akan saya beri kemudian ye.

Hari Raya pula, beraya di rumah mama abah di Alor Setar dulu, hari kedua ke Penang dan Sg. Petani (rumah abah mak dan tok Penang). Selalu Hari Raya pertama, mama dan abah akan masak banyak untuk tetamu dari surau hadapan rumah - yang akan serbu rumah pertama - rumah saya dulu. Jadi tahun ni, kami masak mee udang. Resepi akan diberikan nanti...

Hehehe. 

Jadi hari ni sebenarnya nak kongsi satu resepi. Hidangan ni di'order' saya masa nak sambut 'birthday' suami di StarFresh Agro Resort, Negeri Sembilan. Tempatnya sangat cantik dan sesuai untuk raikan sesuatu. Sebab saya pernah ke sini atas urusan kerja, jadi dah rasa dan bawa pula suami untuk raikan beliau. :)  Nama masakan ni tak ingat la pulak. 

Tak pe lah, kita namakan Tofu Telur Bersos Tiram Lada Hitam :D Nama je panjang, tapi memasaknya guna masa singkat!


Bahan-bahan

Tofu telur -2 peket
Sos tiram - 5 sudu besar
Sos lada hitam - 5 sudu besar
Tepung jagung - 2 sudu besar dicampur air 2 cawan
Kicap manis dan masin - 1 sudu besar
Cili padi dipotong kecil - 5 biji
Daun bawang - dihiris
Bawang putih dan bawang merah - 3ulas + 1 biji ditumbuk

Cara-cara

1. Potong tofu telur dan goreng hingga keperangan (jangan garing sangat), ketepikan.
2. Tumis guna minyak yang sama bawang yang telah ditumbuk.
3. Masukkan semua bahan lain.
4. Masukkan tofu telur.
5. Siap!!! Sedap dimakan panas-panas dengan nasi. :)

Mudah kan? Ni adalah resepi masakan cina, sebab StarFresh tu chefnya Cina Muslim. Selamat mencuba! 

Sunday 21 July 2013

Kueh Raya

Assalamualaikum

Bismillah.

Apa khabar iman hari ini? Macam mana puasa? :)

Hari minggu sebegini, mungkin ada yang dah menyinsing lengan membuat kueh raya. Alhamdulillah tadi saya sempat buat kuih semperit (memandangkan suami suka dan saya pun suka). Rasanya tak tau lagi, bunganya macam kembang mekar sangat pulak. Huhuhu. Tapi kueh raya buatan sendiri, mungkin lebih baik daripada beli kan? Sekurangnya kita tahu 'siapa' yang masak kueh tu...Dapatlah 3 balang kecil dengan choc rice berwarna-warni dan coklat putih.

Seingat saya semasa kecil, saya suka tengok mama buat kueh ni. Saat adunannya ditekan, Allah cantiknya bunga yang terhasil, dan kadang bila dah masak, saya suka korek cebisan buah ceri atas bunga semperit tu..huhuhu...mungkin sebab adunannya yang lembut gebu dan berlemak (sebab ada susu tepung/segar). 

Tak lama lagi hari ulangtahun kami berdua, saya teringin sangat nak buat jamuan makan-makan di rumah kecil kami ini.  Menunya ringkas, tapi mengenyangkan. Insya'allah... Amin.

Selamat berbuka & beribadah! :)

Saturday 20 July 2013

Daging Kering dari Abah

Assalamualaikum

Sempurna sudah puasa hari ke-10. :) 

Semalam berbuka puasa, sahur dan berbuka pada hari ini, saya telah masak Daging Padprik. Daging ni kiriman abah dan mama. Khas dikeringkan abah. Alhamdulillah. Moga-moga pahala berpuasa saya diterima abah dan mama jua. Aminnn.

Daging Padprik

Daging kering 5 potong (direndam seharian untuk kurangkan kemasinan) -potong kecil
Daun limau purut 5 helai
Bawang besar 2 labu
Bawang putih 1 ulas- diketuk
Halia 1 inci- diketuk
Serai sebatang -diketuk
Sayuran dipotong memanjang (lobak merah, kobis) dan tomato
Perahan limau
Garam
Gula
Sos tomato & Cili (2 sudu besar)
Sos tiram (4 sudu besar)
Kicap masin & manis (2 sudu besar)
Sos lada hitam (1 sudu besar)
Sedikit air
Minyak


Cara-cara
1. Panaskan minyak dan goreng daging sebentar, angkat.
2. Dengan minyak yang sama, tumis bawang-bawang, halia dan serai
3. Masukkan semua sos, dan kicap...masukkan daging
4. Masukkan semua bahan lain
5. Perasakan 

Hari ini pula tiba-tiba (sebenarnya dah lama dah) teringin nak makan lontong dan nasi impit macam kat kedai di Kuantan (Kedai Patani). Ya Allahu Rabbi, memang sedap lontong kat kedai tu. Sampaikan saya yang tak berapa nak gemo lontong terus jatuh hati. 

Kuah Lontong

Serai
Lengkuas
*3 sudu besar udang kering
*5 biji cili padi
*bawang merah 2 labu
*bawang putih 2 ulas
*kunyit hidup 1 inci
Udang 5 ekor
Kobis
Terung 3 biji (terung kecil Cameron Highland)
Lobak merah
Sengkuang
Su un dan fucuk
Tomato
Santan kotak kecil
Minyak masak
Garam & gula

Cara-cara
1. Kisar sampai halus yang bertanda *
2. Tumis yang dikisar dan serai serta lengkuas sampai pecah minyak.
3. Masukkan santan kotak (saya guna lebihan yang masak nasi lemak tempoh hari)
4.  Masukkan semua bahan kecuali udang
5. Bila mendidih masukkan udang dan perasakan

Bolehlah dimakan dengan nasi/ nasi impit... :) Saya rebus nasi impit dengan sedikit garam dan daun pandan.

Lebihan sengkuang (saya beli RM 0.14- huhuhu) bolehlah dimakan dengan rojak. Amboi boi boiii.. Selamat berterawih. :)


Thursday 18 July 2013

Nasi Lemak

Assalamualaikum

Hari ini saya nak berkongsi resepi yang selalu dimakan pagi-pagi..cuba teka... 


mestilah Nasi Lemak. ^__^

Dulu-dulu, saya pernah buat nasi lemak tapi in the end, al-hasilnya, nasi minyak! Sebab utama adalah saya tumis bahan-bahan (bawang putih, halia, bawang merah, bunga lawang, kayu manis dan cengkih) dengan minyak dan curah ke dalam nasi yang sedang mendidih.

Sambalnya, rasanya ramai yang expert dah kut...tapi tak apalah saya nak perturunkan resepinya (yang diubah suai dari blog Mat Gebu) :


Nasi Lemak 

1 1/2 pot beras
3 sudu besar (penuh) santan kotak  
sebiji bawang merah
2 ulas bawang putih diketuk
1 batang serai
1 inci halia
1/2 sudu kecil halba
sehelai daun pandan
air secukupnya

Cara-cara:
Masukkan semua bahan selepas beras dibilas
Tanak sehingga masak (kacau sekali sewaktu mendidih)

 
Sambal

Stok sambal (cili kering dikisar dengan bawang)
Garam
2 labu bawang merah
Minyak
Gula
Sedikit belacan
*Cengkih
*Kayu manis
*Bunga lawang          
*1 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih

 Cara-cara

Tumis bahan bertanda * dengan minyak
Masukkan sambal sehingga pecah minyak
Masukkan bawang merah, belacan dan perasakan.


Nasi lemak bolehlah dimakan dengan ikan bilis, telur atau daging goreng. Saya makan nasi lemak tiga kali makan (berbuka semalam, sahur dan berbuka hari ini). Huhuhu. Al-maklum jiran saya tengah berdiet, dia makan sup oat sayur yang amat lazat! Nanti saya akan kongsikan ye...

Akhir kalam, terawih mane arini? Hehehe    

Wednesday 17 July 2013

Bekalan Ramadan


Assalamualaikum

Alhamdulillah sudah masuk hari ke-9 Ramadan...Apa khabar iman dan amal? Terasa begitu cepat waktu berlalu, sedangkan ibadah dan amalan tidak seiring dengan kemuliaan Ramadan. :(

Di sesetengah tempat suasana Ramadan pasti terasa begitu hangat, dek kerana masjidnya diimarahkan dengan sesungguhnya. Waktu paling berharga pastilah semasa berbuka bersama-sama keluarga tersayang dan menjamah hidangan- yang biasa-biasa pun jadi lazat kerana sememangnya Ramadan kan bulan rahmat!

Baru-baru ni, on the way pulang dari rumah mertua di Gombak, saya dan suami singgah di sebuah kedai arab di Ampang sebab suami dikirimi barang-barang untuk dibeli oleh kawannya di Sabah.

Nama kedai tu At-Taisir (ada sebuah lagi yang khabarnya lagi murah: Berkat Madinah). Masuk-masuk je kedai tu terus menyerbu bau kedai Arab! Dan memang banyak sangat barang-barang basah/ kering arab. Alang-alang menyeluk pekasam, dah sampai kan...apo laee...den ambik la beberapa barangan untuk memudahkan memasak. Dan barang-barang yang dijual agak murah. Antaranya:

Karamel

Puding ros perisa strawberi

Falafel

dan ais krim instant...Falafel ni sedap dimakan dengan roti atau dimakan begitu sahaja. :)

Oklah itu je yang dikongsi...terutama yang bekerjaya dan perlukan makanan instant yang berkhasiat dan sedap. 

Dan, rasanya belum terlambat lagi nak selitkan ni...checklist ibadat di bulan Ramadan. ^___^

Bekalan Ramadan ^_^